Monday, October 8, 2012

kalau tak suka, tak payah dilayan.

oke hai asalamualaikom korang. sehat? da mencekek ke belom? hehe

arini gua nak cerita pasal 'berharap'. apakah maksod bendalah tu?

maksod bendalah ni ialah kalau kita suka dekat orang , dan orang tu pon melayan dengan penoh sopan dan saksama nya . mula-mula kenal , lepas tu bagi nombor fon , lepas keluar sana sini bersama-sama. dan macam tu lah sebaliknya bila orang pulak suka dekat kita . dan kita baru je kenal dia teros  bagi nombor fon , bergayot dan die ajak keluar , kita pon layankan je . "jomm, saya pon nga free nih..:)". lebih kurang camtu lah.





kalau korang buat camni memang secara automatiknya , orang tu akan ingat kite suka jugak kat dia . kan da macam bagi harapan camtu . pastu bila dia da cakap cintan kat kita , sesenang je kita cakap , "saya cuma anggap awak kawan je tak lebih dari tu." amboi? da bergayot sakan tetiap malam , kuar sama-sama semua itu je kau bole cakap?? kejam doh kau ni . lagi kejam dari perogol bersiri . sakit hati dia kau buat camtu . ingat die tu katak ke apa takde perasaan??









 kat sini ade tips sikit supaya orang yang minat kat korang tu tak berharap or tangkap cintan kat korang . kesian pada yang kena and jadi geram pulak pada sapa yang suka buat camtu . huhu

  • mula-mula kenal je teros berbual pasal benda-benda kosong. macam pasal study ke, ape ke, bergurau benda2 bodoh siket. kata kawan kan, so borak la apa saje.
  • kalau die da luahkan perasaan die yang tah betol ke tak tu , korang teros je cakap ," i am not ready yet to have any commitment". tak pon ,"sori aku anggap kita kawan je tak lebih". ni lah masa paling bagos untuk korang explain kat dia. so dia tak lah frust sangat nanti.
  •  kalau dia mintak nombor, seeloknya tak payah bagi . tapi kalau nak bagi pon x salah . asalkan korang cakap and mesej dia ala kadar je . guna bahasa yang sempoi x payah nak manja sangat.
  • kalau dia ajak keluar pastikan ramai-ramai . perempuan lagi ramai dari lelaki lagi bagos lah . jangan berdua je , tak pon yang lelaki bawak kawan , perempuan rilek je sorang-sorang . nanti ape pulak orang kata kann.
  • pastikan sepanjang relation korang tu semua berjalan dengan sempoi dan selamba . selalu ingatkan dia yang korang cuma kawan n tak lebih. so no special feeling.
dah tak suka,buat ape nak layan lebih-lebih ye dakk? just for fun? sukahati je kan "-_-. or nak isik masa lapang je? kawan berlambak tapi orang tuuu jugak kau carik . orang tu sungguh-sungguh nak serius , kita maen-maenkan pulak perasaan die.  kesian dohhh. tak baek tak baek.

"jangan mula kan melayan lebih-lebih ni . sekali da mula, memang susah nak lepaskan . sekali kau tipu dia memang susah nak dapat balik kepercayaan dia ." mu pahe dok?

oke dah tu je hari ni. kite akhiri bacaan kite dengan umul kitab, Al-Fatihah:) bye asalamualaikom.






2 comments:

✿Lady Ainaa✿ said...

betul2.. sebab tu ena tak suka lyn chat dari lelaki kt fb tu.. biarlah dorng nk kata kita sombong ke apa.. lgpun ena dah tunang, xkan nak tergedik lyn lelaki lain lebih dari tunang ena...

atiqa aris said...

yeah sometimes popuan kene pekakkan je telinga ngn ckp2 orang.huhu