Sunday, April 28, 2013

dekat johor orang panggil "robok".

hai asalamualaikom korang.

hari ni aku macam bersoopan-santun sikit. sebab tadi kan aku baru je bukak bisness online kecik2 je dekat fesbuk. serius la aku rasa gugup sikit buat bendalah ni. rasa macam tak yakin pon ada.

tp tah la start cuti tu kan aku rasa macam nekad je, macam minat gilaa nak berniaga. tak kisahla laku ke tak laku ke.. yang penting aku nak cuba. yeah!! tak cuba mana nak tahu ye dak?

jeng jeng jeng! haha ini gamba paleng tak bole bla sekali. siap buat promo bagai. along aku yang wat kan ni weh. mahal tu nak soh die buat. tp serius duh aku kurang berkenan sikit actually. tp tapela along tu yang wat. along aku tu wehh~ accept bulat-bulat jelaa~. heho

aku jual kat facebook je kot. sebab lau yang lain aku tak berapa aktif sangat. twitter ade pon mcm takde. belog ni pon bila-bila aku rasa nak membebel baru bukak. facebook je yg mmg permanent aku bukak hari-hari.



huh??? Robok?? ape tu?robok ni almari. almari orang johor panggil "robok". dapat tak ilmu baru kat situ? *sobona eh den nk lotak namo laen, den nak lotak nama, "mini-project x: terbaek dari "Robok". tp kan akak aku semua cakap panjang sangat. so aku pon cut off yang bla bla bla bla tu, amek main word dia je. Robok. :)

starting nih aku wat preloved item je since tatau nk cekut barang borong katne, so kite cekut dari robok aku dan akak-akak aku dulu. kitorang kadang-kadang beli-beli tak pakai, pakai sekali then dah x sentuh langsong da pastu. kalau korang de kakak ke adek popuan mesti korang paham an perangai membazer yg common camni??huhu. so daripada menyemak dalam robok tu, marilah kita melakukan jual beli. ruang pon jimat. pasni bole lah sumbat baju baru lagi. lol please stop it my dear sis.."-__- 

da pukol 12.40. i gtg. aku nak pegi berkempen PRU13 ni. even my mom kerajaan aku nk doa gak mintak-mintak hijau menang. kahkah. oke gudnight korang. tata asalamualaikum:)

#every item yang aku jual semua still in good condition. don't worry bebeh. ok daa=)

Wednesday, April 24, 2013

be professional not emosional

hai nyah semua, asalamualaikom:)

bulan 5 nih pilihanraya. tahu kan?? ape? tatahu? ketuk ketampi 3 kali.hoho maka akan turun la segala keturunan anak-anak buapak suku kaum berumur 21 tahun ke atas untuk mengundi. oh ya. adek aku umor baru 18 tapi mak ai kau semangat hari-hari nyanyi lagu ni...mai layan kejap.


jom kita mengundi~~ jom kita mengundi~~. saya 20 pon tak masok lagi bang acano nak poiiee mengundi. lol. tapi bole tahan jugak kan lagu ni? fun la. bole wat joget-joget. ewahh~ haha


even aku sangat mentah nak cakap pasal ni. tapi sekarang ni tengok politik Malaysia nih atas-atas pagar je. memburuk-buruk kan sana sini. yang ni tuduh ni, yang tu tuduh tu. fitnah dan rasuah bermaharajalela. rakyat pon alhamdulilah lah tak bodoh. tak senang-senang percaya cerita yang mengarut cencorot tak abes-abes. yang profesional tu alhamdulilah lah baik-baik je bagi pendapat, ayat pon tapis-tapis lagi even ade unsur-unsur perli sikit. yang emosional tu yang "masalah negara" sikit. mulot hembos je. plis lah der nak cakap pape bak bukti dulu.nak tegur pon make sure in proper and full of manner. jangan dok maki hamun tak habes-habes..not nice, since orang Melayu pon selalu cakap "orang berbudi kita berbahasa", tapi yang nampak gah melenting sana-sini orang Melayu jugak..ape tu?ye memang. kita orang Melayu selalunya cakap tak serupa bikin. kalau dalam politik kite x bole bersatu at least bersatu lah dalam agama. insyaAllah ape pon keputusan diredhai Allah. betol tak?

p/s: untuk otak yang lebih cemerlang dan terbuka sila la jangan asek dok tengok TV3 je. tengoklah tv-tv laen jugak, update la jugak dengan sebarang isu di fb dan laman sosial yang lain. *bukan nk back-up sesiapa cuma meluahkan pendapat jewwwwwwwwwwwwww~ OKE CHOWCINCAU!

 ikhlas dari 'adek' korang yang lain mak lain bapak, 
Atiqa Aris ;)


Friday, April 12, 2013

aktiviti sempena cuti sem sesi April/2013

asalamualaikum der dan dear semua? sehat?

ya Allah blog aku ke nih? x kenal dah kau. dah berape bulan tak bukak. kesian kau kan? tape.. kau bukan penting sangat pon. aku banyak kerja lain duh nak buat dari tgok kau.lol

oh ya. tadi kan i punya last payperr~ last payperr~ *sambil kibar-kibarkan ketas QMT245 dengan penuh bangga. uolls yang tak abes lagi tu jangan jeles oke? ehh watpe kat blog aku nih?? pergi study sana! shooh2! kejam sikit tape an. bergurauu..haha

aku tanak cerita pasal paper exam yang da lepas-lepas tu. watpe nak cerita? barang lepas toksah dikenang. move on! cuti nih der. apa lagi? jum kita enjoyy~ releasekan kepala otak yang da tak serupa kepala tu... *hoh? ayat ape tu tu? kepala kemek sebelah ke acane?haha.ape-ape aje la yobb.



plan 1 : doodling time. yes2! inilah masa yang ditunggu-tunggu. love art so much duh. cuti ni jela masanya. heho oh ya , along please prepare 2 or more sketch book siap-siap kat rumah ea?. :P



plan 2 : nak marathon cerita nih. macam best lagu dia. cerita tatau la acane rupa tah. pelakon-pelakon die pon comel n sangat menaikkan mood aku nk tengok cerita nih:) dan movie-movie yang laen juga especially cerita hantu ke thriller ke phsyco ke. aku more prefer cerita Siam n Thailand kalau cerita hantu sebab lau mat salleh punya tu banyak ke "laut" sangat. kang benda laen yang aku "takut" kang . nukan hantu die. haha



plan 3 : erghh ini yang aku malas nih. beberapa orang makhluk Tuhan paling seksi suruh aku belaja masak.. baekla. akan ku buktikan yang aku ni popuan melayu terakhir yang reti masak! terakhir eh? maknanya? maknanya aku tak minat langsong. esok-esok jela aku belaja. kuikui tapi aku try la gak kot sikit-sikit, nak jadi ape da nk 20 tak reti masak. tak laku kang padan muka aku.."-_-



plan 4 : help my family prepairing for my sista wedding day. insyaAllah bulan 10 nih. semoga dipermudahkan segala urusan. semoga semua berjalan lancar. semoga Allah rahmati segalanya, ameen ya Rabbb! *photo taken on her e-day. pelamin kecik metot pasang siap je. tunang je jgn beriya sangat. :P



plan 5 : nak kerja bole takk? rasa macam ibu da cakap banyak kali tak payah. tapi aku nk try gak merayu melutut mintak ijin lagi sekali, haha kenapa kat sini?? err sebab ni je paling dekat ngn uma aku. bak kata orang pakai bontot, tonggek sikit da sampai. smpai macam tu punya dekat?bayangkann~ dasyat bukan? haha lol mengarut betol "-_-


oke tu je kot yang sampingan cuti sem nih. yang laen-laen tu yang wajib-wajib tu rahsia la kann.semua nk bagitau melampau.. hoho oke la selamat bercuti. babai korang, asalamualaikumm! :D