Friday, May 24, 2013

The Big Bad Wolf Book Sale :D

asalamualaikomwarahmatullahiwabarakaatuh!
fuh. punya semangat bagi salam camtu. haa ape lagi?? jawab jangan tak jawab.

tadi kan aku pergi Danga City Mall JB. ada pesta baikk punya~ haa suka-suka? asal pesta je suka. pesta apa nak tawu? The Big Bad Wolf Book Sale:)

laa pesta bukuu rupanya.. bosan betul cerita aku ni kan? haha standard la tu. aku kalau dengar perkataan "BUKU" pon da seriau telinga aku ni, apa lagi nak membaca. memang tak laa. tapi nak membeli tu suka pulak, nak membaca tu memang makan masa agak lama untuk carik mood ...

ini angah dan ibu aku. dua-dua suka beli buku. nak masuk 3 rak dah kat rumah aku penuh dengan  buku-buku pilihan beliau je.


haa nampak tak tu 75%-95%! gile kau dah diskaun habes tu woi. buku rm3 pon ade. memang murah gila. kira kalau nk beli satu lori pon berbaloi la. kat sini semua buku mat salleh. buku mat soleh takde. sila lah bawak adek, kakak, abang, nenek, tok wan, tok ki semua datang ramai-ramai ye :)


pleasing lebih, buku aku seketol je. yang lain semua buku orang. harapan aku nk beli buku banyak-banyak. eh tapi kan aku rasa macam aku nk datang lagi sekali sebab nak carik buku pasal art & sketch. 
rugi pulak tak amek tadi padahal da depan mata dah. nk ikot? jomm.


adek aku keje dekat Sedap Corner sini. maka ibu pon ajak la kami melawat beliau kejap sambil hilangkan semput 3 jam round carik buku tadi. actually bukan melawat, menyemak. sebab customer ramai dan adek aku seems sangat busy melayan berdoyon-doyon customer yang lain:)


eh tengok je? jempot lah sekali. lol. aku kongsi ni dengan akak aku sebab beliau tak suka sejuk ngan manis sangat.. tak elok katanya. kat sini harga je lebih, rasa dia tak seberapa pon. seeloknya makan di mamak atau warong tepi jalan lebih seronok dan berbaloi. hehehe


free gift. comel-comel je dorang nih. 


7 books for rm 86 only. berbaloi bukan? kalau masok mph ni mau beratos. so, ape lagi mai jangan tak mai~



oke dah habis dah cerita. tatau nak bebel ape dah. eh dah kol 7.04. jom la kita solat maghrib, tata korang asalamualaikom:) solat jangan tak solat!
















Tuesday, May 21, 2013

review cerita COUPLE youtube

assalamualaikom korang:) haa baik je kan? punya suci mood aku hari ni. sebab ape? sebab adik aku nak belanja makan kut malam ni. haha semalam kan aku tgok cerita COUPLE kat utube. marathon episod 1-episod 9. not bad. best sebab setiap scene ade la sabda, riwayat, makna surah kat bawah dia. so, dalam satu masa tu bole lah berangan sambil menimba ilmu. eh? berangan pulak? menyempat je kan. hehehe haruslah. popuan kot. minah rockers pon dalam hati pon ade taman tauu, ini kan pula aku anak dara Pak Aris. amboi. okbai. layan~ 

*episode satu je ade thumbnail. yang laen? yang enggak ada. aku bg link je. kalau banyak2 sangat thumbnail utube kang berat pulak blog hamba.


episode 1 : fitrah manusia ingin berpasangan .
 kau nak? aku pon nakk. ingat aku beruk ke xde perasaan.haa sabar-sabar.. baru nak masok semester 5 ni. kene fokus belajor dulu.


episode ni aku rasa mcm kureng sikit. bukan apa, banyak sgt scene couple dari filem2 lain tu. mungkin nak kite tangkap feel dulu kot sebelom ke episod2 seterosnya, lol


so? ape lagi? rajin-rajin la pegi sejid kek surau kek ceramah kek. haa mana tahu ada jodoh kat situ. haha oppss! jangan sampai usha awek tak abes-abes last2 satu ilmu pon ekau tak dapat kat ceramah tu sudahh . rugi!!  *tiba2 rasa ajar orang bukan-bukan.huu sori "-__-


dengar tuu. jangan gopoh-gopoh. lagi-lagi yang tengah sekolah. banyak lagi nak tempuh. jauh lagi perjalanan, banyak lagi orang yang korang akan jumpa. sekali lagi. sabar-sabar! haha


penah dengar tak sakit SARS? Simptom Akibat Rasa Suka. haa dalam episod ni ada. so.. dengarlah sendiri! lol. nampak sgt xde idea~


episode ni dia ajar cara-cara mengorat tapi still lagi jaga batas-batas yang patot. ce buat sikit? soo suwittttt~~ haha gedik naa kau? macam monyet dapat awek.."-__-


haa yang ni memang sebijik macam kite semua yang pernah couple tu. tengok-tengok. sama duh. astagfirullahalazim2 !! stop it. shooh-shooh! katakan tidak pada "sengau" eh "angau".


ape aku nak komen ni? tatau la. haha isi dia macam lebih kurang episode 7 kot. heliza ngan budak tu still dalam mood angau lagi then ade la perang sikit. nak tengok heliza buat muka garang? oke kat episod ni ade sikit.


cinta sebenar no dating. no couple. no gedik-gedik dan manja. gedik-gedik dan manja-manja hanya untuk suami isteri. gedik aku untuk suami aku, gedik korang untuk sape? untuk suami korang la. ea ape aku merepek ni? haha da la bai.

oke da abes. aku bukan nak ajar korang couple ke ape. tengok la cerita ni sebab dia memang pasal kita. aku tahu zaman-zaman aku ni memang kebanyakan nya da pernah couple atau sedang bercouple.  agak-agak hati dan otak dah ke laot tu marilah kite kembali ke pangkal jalan. okbai! asalamualaikom:)











Friday, May 17, 2013

ayat paling tahi aku pernah jumpa..lol.

asalamualaikom ohh asalamualaikom!

wehh? aiseh semua orang dah tido rupanya. tape-tape. aku cuma nak cerita yang tadi kan aku scroll punye scroll twitter aku sampai jari patah dan terjumpa satu ayat ni, dia cakap ..

"tak perlu tembak aku dengan pistol, cukup dengan satu kenyitan dah buat aku menggelupur."

SO SUWITTT~~  *sambil tangan tongkat dagu pikir,"untungnya kalau dapat..". what the hekk?

haha ok la ape-ape je. aku ada satu pesanan untuk para lelaki,  jangan guna ayat di atas untuk usha perempuan, kalau tak nak kena baling dengan lesung batu. lol okbai. asalamualaikom :)


Tuesday, May 14, 2013

kenali ompek atau 4 sifat manusia

asalamualaikom rakan-rakan sekalian. aku tawu ramai yang tak tenteram bila tengok result pru-13 nih kan? serious lah aku pon. tapi tu di luar kuasa kita,kita rakyat biasa siapa je nak dengar cakap kita. redo jela, Allah kan maha mengetahui... oke? da abes. tutup kes. mungkin kebangkitan ank muda akan nampak pru ke 14 nanti :)

tahukah korang dalam dunia psikologi ade 4 jonih manusia? bukan jonih, salah-salah. 4 sipat. baru betul. sipat, in jawa we called it as "sifat".


1. si popular
asal gamba kodai buku ni pulak aku letak ni? haha pon bole.. macam yang korang tahu orang popualar biasanya ade peribadi yg menarik, suka wat lawak, sempoi. sedikit emosi tp still happy go lucky dan bersemangat. bila diberi kerja, dia bersikap inovatif, kreatif, senang bergaul dgn semua dan sedia membantu. nak jadi popular? amalkan la segala sikap-sikap yang tertera ni :)


2. si sempurna
biasanya orang-orang yang nak sentiasa perfect ni dia buat ape pon nak teliti. peka dengan sesitiviti orang lain, menghargai keindahan, suka berkorban, bersikap idealisis, bila diberi kerja semua kene pakai jadual, segala pekerjaan dilakukan penuh tertib dan tersususun rapi.in social life, diorang sangat berhati-hati dlm berkawan, sedia mendengar masalah org lain, cepat terasa dan mudah bersimpati. oh ade lagi.fakta lain ade jugak menyebut si sempurna ni gemar berpuitis, serius dan tekun:)


3. si kuat
err kuat tak semestinya badan ketak-ketak macam abang badang perkasa kat atas ni. orang kuat ni more refer pada orang yang berbakat macam pemimpin, dinamik dan aktif. mempunyai kemampuan yang kuat dan tegas.tidak emosional dan tidak berputus asa. sentiasa yakin,bebas dan berdikari. tak bergantung pada orang lain dan suka jadi pemimpin. lol


4. pencinta kedamaian
orang macam ni biasanya low profile, mudah bergaul, good listener dan happy go lucky je hidop dia. even dalam huru-hara pon dia still tenang and sabar. sentiasa tersengih lebar demi menyembunyikan emosi dia sebenar. kalau dalam expect kerja tu, diorang  berkemampuan jadi pentadbir, kreatif selesaikan masalah dan bijak menghindari konflik.


so sekarang mari la kita categorize kita semua ni jenis manusia macam mana. 1 ke 2 ke 3 ke 4 ke.. tak kira lah siapa pon mana ada manusia yang perfect kat dunia ni. mungkin ada yang nampak perfect, macam Siti Nuhaliza ke Heliza ke an, tapi disebalik tabir hidup dorang tu kita tatahu ye dak? nampak macam mak jarah la pulak membebel camni. haha oke la bye gudnight asalamualaikomm!






Wednesday, May 1, 2013

tak hensem tapi bernilai

asalamualaikom semua.

cuti ni aku rasa bila aku surf internet je, aku mesti bukak video 2 mamat nih. ce teka sapa. ce teka sapa? oke betol. satu mat luthfi. lagi satu?? aiman azlan? bukannn. anwar hadi?? nope. bukan jugak. anwar ibrahim?? hahhhh! salah. yang tu kadang2 je aku tengok. encik Kyo? yes betul! channel kegemaran aku kat utube ialah mat luthfi dan KYOpropaganda :)


. aku rasa semua orang kenal kut. 
*picit nama double kali utk ke channel beliau


tak pasti ramai ke tak yang kenal dia nih.
mostly video die mesti ade geng dia sama.
*picit nama double kali utk ke channel beliau


diorang biasa-biasa je. sempoi dan humble n paling penting,kelaka dan gunakan bahasa melayu as their major languange.. camni la best. muka biasa-biasa,hobi luar biasa. eh vlogging tu hobi dorang ke?maen bedal je kan. aku rasa la kot,kalau tak takkan rajin sgt buat video gempak2 bagai. macam maria elena, aiman azlan, anwar hadi pon aku suka jugak tengok. tapi takde la setegar mamat dua ekor nih. asek tengok awek nyanyi pakai gitar je, moh la kita tengok vid lawak made from malaysia ni pulak. 

err err bukan nak cakap ape, tp kalau lawak, aku lebih prefer yang bahasa melayu kot. kalau mcm something yang motivate tu baru aku suka dalam english. kerana ape? kerana aku anak jawa, when people make joke in english, i feel like krikk krikk, nak gelak ke tak nak ni ea? macam tuhh. lol 

encik kyo ni nak kata baru tak lah baru sangat. aku bukan peminat dia, aku peminat kepada video-video dia saja. makanya aku cuma tahu die ni student UiTM Melaka, tapi aku tak tahu da habis ke belom, student diploma ke degree, part berapa, kos ape semua aku tatahu. video parody die lawak habis duh. besides that, ade lah certain-certain video die yang ade mesej2 tersendiri, in other words , Kyo bukan lah vlogger yang tayang vdeo bodoh kosong semata-mata. aku sarankan korang subscribe la die. *weh aku bukan nk pilih kasih tp mat luthfi tu dah otai tayah promot kan korang da subscribe.haha

oke la nak men kejar-kejar dengan arnab aku. tata der n dear sekalian. assalamualaikom:)