Friday, May 24, 2013

The Big Bad Wolf Book Sale :D

asalamualaikomwarahmatullahiwabarakaatuh!
fuh. punya semangat bagi salam camtu. haa ape lagi?? jawab jangan tak jawab.

tadi kan aku pergi Danga City Mall JB. ada pesta baikk punya~ haa suka-suka? asal pesta je suka. pesta apa nak tawu? The Big Bad Wolf Book Sale:)

laa pesta bukuu rupanya.. bosan betul cerita aku ni kan? haha standard la tu. aku kalau dengar perkataan "BUKU" pon da seriau telinga aku ni, apa lagi nak membaca. memang tak laa. tapi nak membeli tu suka pulak, nak membaca tu memang makan masa agak lama untuk carik mood ...

ini angah dan ibu aku. dua-dua suka beli buku. nak masuk 3 rak dah kat rumah aku penuh dengan  buku-buku pilihan beliau je.


haa nampak tak tu 75%-95%! gile kau dah diskaun habes tu woi. buku rm3 pon ade. memang murah gila. kira kalau nk beli satu lori pon berbaloi la. kat sini semua buku mat salleh. buku mat soleh takde. sila lah bawak adek, kakak, abang, nenek, tok wan, tok ki semua datang ramai-ramai ye :)


pleasing lebih, buku aku seketol je. yang lain semua buku orang. harapan aku nk beli buku banyak-banyak. eh tapi kan aku rasa macam aku nk datang lagi sekali sebab nak carik buku pasal art & sketch. 
rugi pulak tak amek tadi padahal da depan mata dah. nk ikot? jomm.


adek aku keje dekat Sedap Corner sini. maka ibu pon ajak la kami melawat beliau kejap sambil hilangkan semput 3 jam round carik buku tadi. actually bukan melawat, menyemak. sebab customer ramai dan adek aku seems sangat busy melayan berdoyon-doyon customer yang lain:)


eh tengok je? jempot lah sekali. lol. aku kongsi ni dengan akak aku sebab beliau tak suka sejuk ngan manis sangat.. tak elok katanya. kat sini harga je lebih, rasa dia tak seberapa pon. seeloknya makan di mamak atau warong tepi jalan lebih seronok dan berbaloi. hehehe


free gift. comel-comel je dorang nih. 


7 books for rm 86 only. berbaloi bukan? kalau masok mph ni mau beratos. so, ape lagi mai jangan tak mai~



oke dah habis dah cerita. tatau nak bebel ape dah. eh dah kol 7.04. jom la kita solat maghrib, tata korang asalamualaikom:) solat jangan tak solat!