Thursday, June 19, 2014

Konsert Amal PDRM

tarikh : 15 June 2014
anjuran : YAM Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim
tempat : Persada Convention Centre Johor Bahru


Hah tu dia intro dah macam surat karangan rasmi kau. alah benda formal tu aku tak reti lah buat main benda-benda formal ni kang lain jadi kang. haha 

kau tahu PERKEP tu apa? PERKEP tu Persatuan Keluarga Polis. hahhh tatau kan? aku pun baru tahu. aku ingatkan nama kartun apa lah orang duk perkep perkep kat sana. huhu so aim bendalah ni diadakan adalah bertujuan mengutip sedikit donation dari orang-orang Johor khas untuk membantu keluarga-keluarga polis. Lagi-lagi yang ada anggota keluarga yang dah terkorban masa nak selamatkan negara dari makhluk-makhluk durjana abad ini tu. 

so lets lah aku share sikit eh gambar. ye "share". bukan "belanja". pernah nampak orang post kat instagram dengan caption, "meh kita belanja selfie satu harini". belanja??? selama ni orang bayar ke nak tengok gambar kau? ek eleh waklu sangat perangai. ini semua poyo. jangan diikut budaya mangkuk ni ok. please don't do that at instagram. #ehh. (hashtag kat blog pun boleh iqaaa. kau mampu? haha)


mak ani dan anok menantunya. 

so tu dia segala detail. penat je aku tulis panjang-panjang kat intro tadi. haha azlee jadi pengacara lawak gila. amy search, ziana zain dengan anuar zain palinggggg lejen sekali malam tu, memang best puas hati lah. yang the rest tu najwa letip, adira, nomad lah apa tu cam biasa-biasa je. orang baru kut, aura dia belum sekuat artis otai yang masih berbisa. *tetiba masuk kilauan emas.

dengan mak buyung sekali kasik angkut. nasib baik tak terberanak tengok amy search perform, kalau tak ada yang lahir-lahir jadi anak Persada. lol

ingatkan konsert JDT. sekali konsert PDRM. wrong outfit detected. haha jangan orang confuse aku dengan bendera Johor sudah :p

performance paling first sekali. excited jugak la tengok depa ni. sebab siblings aku dulu masa sekolah semua memang kena push dengan bapak aku supaya aktif join benda-benda beruniform, kadet ke kawad sekolah bagai ni. supaya hidup lebih desiplen katanya ;)

malam tu nak amek gamba banyak-banyak sebenarnya tapi kena cerca dengan adik aku, beliau kata, "kau nak tengok konsert ke nak bergambar?". ee benci siak kena sound dengan adik sendiriiiiii. blerghh.

k dah tu je. dah lama tak update blog.  jari aku pun dah jadi kayu tatau nak tulis apa. take care semua. chow cincauu ! :D

No comments: