Sunday, February 8, 2015

sekitar majlis perkahwinan Suraya Aris

bukan niat aku nak acah-acah wartawan hari ni. memandangkan mataku sudah rabak ditabrak gondola makanya aku post gambar saja. aku capek dan ngantuk tahap giga, jangan ditegur kang bisa aja aku mengamuk menolak kau mampus terpelanting terselit di balik pintu. ayuh mari saksikan.


anak buah ku Arfan Ramadhani. selalu panggil Repan or Apan je. Apan tau bukan Apam. Apam tu benda lain. di pangkuan atok dia. yakni bapak aku. patutnya Tok Aris, tapi dengar dia agah-agah dengan Repan jadi Tok Ayish. hok aloh. haha

ni dia makhluk yang buat aku menjerit terharu terkeluar air mata kegembiraan. dah lama gila tak jumpa boleh pulak dia datang as anak kepada kawan ibu aku. rindu gila. ni dulu geng pi sekolah, tarawikh bagai. rindu nokk.

ni pun kawan sekolah rendah. nasib before this ade buat reunion. so dapat lah aku tangkap nombor beberapa orang. kalau tak, sama lah macam yang tadi tu memang lost contact hilang teruih nomboq. aku bukan sesukati je k lost contact, dah zaman tu kitorang anak yang baik mana lah kecik-kecik nak pakai handphone dik non oii. public phone gedabak tu adalah. 

oh yang gold scarf tu ibu dan yang gedabak dah macam bapak orang tu adik aku. kelihatan begitu gembira dia bila jumpa dengan kawan ibu yang membawa anak daranya. haha malas lah nak kantoikan lebih-lebih. semoga kalian berjodoh. comel molek bakal adik ipar aku :))

crew behind the scene. crew tukang salam keruk. haha cover baekk memasing layan tetamu dengan penuh mesra padahal balik semua terbongkang sakit kaki. haha demi mu angah. semua pun boleh.

so this is the pengantin. kakak aku Suraya dan pasangannya Alfihah. diorang tengah bincang macam mana nak loboskan diri dari tol yang ada di segenap pintu. siapa orang johor dia tahu lah kot unsur tol ni memang biasa diadakan bila pengantin nak menuju ke pelamin. baru lah tak nampak serius sangat majlisnya. giteww.


meja ni khas untuk nenek kata ibu. sebab orang tua tak boleh nak layan orang lebih-lebih. badannya sudah lama diguna kok. so siapa nak berbual ke jumpa ke pergi je kat meja tu, so my nenek tayah nak jalan jauh-jauh. stay situ je.



hah ni lah anak babysitter kitorang masa kecik. masa hingus. zaman hisap botol. zaman gembeng. tak boleh ingat lah. syok tau kenal ngan depa ni. sampai sekarang tak lupa even dah terpisah jauh dan susah nak jumpa.



ni kawan. sekolah menengah. tak cukup column. ada lagi dua orang. tapi mereka ada exam so tak dapek den nak paksa depa datang. hewhew



kawan kita yang laki tu. dia datang bawak bakal isteri tapi tak nak ngaku. haha 





kaum-kerabat ku power rangers! lol. ini pon crew belakang tabir jugak. tunggu sampai habis majlis kau biarpun masing-masing bawak perut. semoga selamat semuanya. terima kasih banyak cousinku! cuma Allah mampu membalasnya.



orang dok tanya-tanya aku amik siapa wedding ni, dah macam aku pulak yang kahwin. tapi takpa hasil interview aku daripada ibu serta angah dan along, wedding ni diuruskan dengan penuh gigih dan tawaduknya oleh Klasik Andaman. tapi makan je amik Tok Wan Catering. ok dah tu je info yang bisa guwe kongsi. selebihnya guwe enggak tawu kok. balik-balik je da 80% siap. hape pun tak boleh tau. orang dah dok Shah Alam cenggini lah. lulz (jangan lah maki aku, aku ada final exam lah time ni, sesukati lettew nak cakap aku pemalas, lempang kang.)



yang baju full kuning tu subjek utama. anak mak cik tu kawan aku, and guess what? baru tahu yang bapak dia kawan dengan cousin aku yang baju pink tu. ya ampunn. kecik kemetot je dunia ni lahh. semoga ukhuwah kita lebih erat lah ye Cik Sal dan keluarga.



kawan masa sekolah menengah. dulu selalu lah main roket kertas dalam kelas. memang jenis otak pariyappa memasing. sekarang semua tengah gigih habiskan belajar. chayok2! *time nih ada lagi dua orang lagi patutnya. Shafique dan girlfriend dah balik serta Mashi belum sampai. so gamba depa yelekk. lol. dalam memory card photographer ada kot. 

fuh ok selesai dari nikah, sanding, bertandang. everything back to normal daily life. semua orang pi kerja. aku duk rumah makan tidur sampai perut kembung. bangun-bangun dah naik cuti. wah sungguh unproductive bergelar aku. haha ok bye. goodnight. *dah macam photo diary.banyak sangat gambar. maaf :)

No comments: