Wednesday, September 2, 2015

pengaruh rakan sebaya

umur tahun ni dah 22, even targetnya umur 27. aku try-try lah jugak survey sikit-sikit. kot-kot lah boleh sampai ke jinjang pelamin. lol. aku jenis kalau rapat dengan someone yang aku rasa agak special aku direct je bagitau kat parents aku. tanpa segan silu, alahh niat baik kot, nak cari menantu untuk depa jugak. tapiiiiii.... parents aku punya respond:


bila aku tanya, orang Selangor boleh?
"haish kenapa jauh-jauh sangatt."

bila aku tanya, orang Sarawak boleh?
"peh tu kalau ayah ke ibu sakit ke apa tak sempat nak turun tu."

bila aku tanya, orang Perak boleh?
"carik orang Johor sudah lah..."


aku memang apa-apa family first. So, bila parents aku bunyi lagu tu memang aku tak cakap banyak, terus habiskan kat situ jugak. marka banyak lah boleh carik, kat tepi jalan, kat mall, kat UiTM pun banyak. ehhh? hahah! tapi parents mana nak duplicate? cer kau cakap kat aku skang? tak adeee.


aku cuba lah berlagak cool tengok member-member aku ni ada yang dah tunang, kahwin, ada anak segala. senyum je lah nak kata apo ehh tengok je lah mampu. huhuhu. dek kerana semangat kenegerian yang sangat tinggi dalam parents aku, aku decide awai dah, kalau aku baru nak start kawan-kawan ka apa memang asal mana, NEGERI MANA aku tanya dulu. wajib tu nak tahu. haha

sampai la ni aku letih dah. bosan hoi dok tukor-tukor tak sudah. depa dok tak kenan jaa orang jauh-jauh ni. last-last aku pass ja kat mak pak aku soh depa carikkan. baik untuk depa, insyaAllah baik la kot untuk aku.


tapi hang tahu lah kan jodoh ni bukan kat tangan mak pak aku ka, tangan aku ka tangan hang ka memang bukan. tu haa jodoh Allah da tulih dah kat Luh Mahfuz sanaaa. hang kalut carik awai sangat dah kenapa? bukan nak kahwin esok pun. hmm harap mak pak aku terima lah kalau memang jodoh bukan dengan orang sini.  nak buat lagu manaaa? dah jodoh aku! hik hik hik. lol


haish burok naa perangai memalam cerita pasal jodoh ni. bantai pulak tu bunyik Kodiang dengan Johor Bahru. terok naa bunyik diaa. macam sakai tak hengat. hancoq bahasa ibunda budaya warisan bangsa kita.


OK KAU DIAM SEKARANG! DASAR ANNOYING! *lempar lesung batu

oii apeni tak baik tau. ni pengaruh cerita Mok Cun kat tv3 lah ni. korang layan tak cerita tu? kelakar an? an? an? dia punya membebel dalam bahasa Kodiang tu ya ampunn! adore much! hahah maklum lah Johor takda loghat. so dia jadi "mudah terpengaruh". samalah tu maksud dia dengan tajuk post ni, "pengaruh rakan sebaya". sama kann? ehh tak sama eh? lol okbye.


p/s: harap takda orang carut aku sebab the tittle and the content does not match at all. hihihi sorry gurauan malam hari. tata goodnight :)