Thursday, January 2, 2020

Cara Masuk Singapura Naik Bas dari Larkin

Hye guys Salam.. Sekarang dah pukul 12.35 am dan aku still tak boleh tidur. So meh la kakak ajar ya kalau korang ada niat nak jalan-jalan ke Singapura (tak kira la nak carik kerja ke melancong).

Ok so sekarang aku bg step by step, straight to the point je eh takda belok. Follow je. 

Benda yg korang perlukan adalah:
1) passport
2) pen

Ok jom gerak
1- pi Larkin Sentral terus masuk ke laluan bas ke Singapura / Thailand. Tak yah beli ticket tau masuk je terus ke kanan.

2- cari bas Cw1/ SBS 170 untuk ke Kranji. Kalau takda tunggu kt platform tu ada tepek kertas "smiling bus".

3- naik. Sampai kat ciq. jangan tak turun pulak tau. Terus naik atas escalator. Ada 2 choice nak autogate ke lalu officer (pi dekat Malaysia Passport / All Passport semua boleh) . Sama dua2 tu. Auto gate ko kene tepek sendiri kat machine tu, lalu officer kastam yg tepek kan passport ko.

4- dah lepas turun bawah. Belok kanan. Cross road. carik bus kuning tu (CW1 / CW2) balik. Mana-mana pun boleh sebab ni nak melepasi lautan api je untuk sampai ke Woodland Checkpoint. Lol. Beratur dari blakang pastu naik elok2 na. Jangan potong barisan. Jd manusia biar beradab ye anak2.

5- dah sampai cepat2 turun. Kat sini ko kena jalan laju tau sebab semorang nak cepat.

6- TAPI ko jgn follow sebijik dorang yang laju2 ni pulak. Naik eskalator tu ko belok kanan. Yg laju2 ikot laluan kiri tu sebab depa nak pi kerja or menang pr (permenent resident) Singapore. 

7- Amik white card kosong 1, nanti ko nampak la ada box putih. Isi pakai pen tadi tu. Aku dah soh ko bawak kan eyy budak ni. Isi ikot passport tu sebijik. Biasa part ni korang akan blur nak isi apa. Tp takpe. Follow je detail ni. 

Vehicle no: CW1
Adresss in Singapore: Kranji
Last city before Singapore: Johor Bahru
Next city after left Singapore: Johor Bahru

8- ok dah isi lengkap? Beratur dekat "All Passport". Sila lah tunggu sampai tertidur ya. 

9- Yeay lama kan nak tunggu officer tu Pap! Pap! Pap! Passport koo haa. Hahah Ok sebelum ko ke luar tu lalu kan dulu barang or beg kau kat tirai hitam tu ya. *tali pinggang, phone, emas, jam tanggalkan*. 

10- settle? Ok turun eskalator terus ke kiri pusing blakang ya. Follow je line tu ikot bus mana ko beli ticket tadi. Biasa amik CW1 dan 170 lah sebab dia berhenti kat Kranji. CW2 & CW5 tu dah ke Newton & Queenstreet. 

Kenapa Kranji?? 
Sebab situ lah mrt tersekat. Dengan mrt, maps & ezlink card (Boleh dapat kat kaunter) you can go like anywhere easily guysss at Singapore. Lol. Ok tu je. Enjoyyyy.