Friday, November 8, 2013

sekolah

hai assalamualaikum
semua pernah pergi sekolah kan?
kalau tak pergi memang wajib kena "sekolah" kan. ehh.

haritu aku borak dengan family aku and they keep remind me about my school time. dulu masa kecik-kecik ayah pernah kejar aku suruh pergi sekolah punya pasal , sampai nak kena langgar van kau tawu tak . sabor yolah . tapi memang . aku mengaku la dulu masa kecik-kecik, aku paling benci gila bab sekolah lagi-lagi sekolah agama . siap boleh tidur ustaz ajar padahal duduk depan sekali tu. astagfirulahalazimm. *sekolah sejengkal je so memang la jalan kaki je . tp tu pon malas . tatau la nak cakap ape "-_-




kisah pengajaran 1 :
aku kan benci gila nak pergi sekolah agama kan,, then satu hari tu aku try la nak menyetan sikit ponteng sekolah agama, pastu pergi merayap nak lepak seven eleven bagai. masa tu hingus lagi, sekolah rendah, mana kenal City Square bagai. haha nak jadi cerita aku tengah lintas jalan tu, elok je ade motor ni libas aku maka tergolek, eh bukan tergolek, terseret lah aku dan motor tu ke tepi jalan. mamat tu cool je "alah langgar budak sekolah je, halus sangat" apa ade hal? time tu kain aku dah lobang besar da kat lutut, memang niat nak balik tapi kang kantoi pulak tak pergi sekolah, so aku pon patah balik, dengan lutut dah parah nya buat muka bodoh je masuk kelas lambat dan jalani hari aku macam pelajar lain yang tak bersalah. astagfirullahalazimm. buruk betol perangai, kalah beruk. tapi tengok lah Allah bayar cash, nak ponteng? amek kau accident terus. huhu



kisah pengajaran 2 :
sekolah menengah ingat dah insaf. sekali tak jugakk. ibu masukkan asrama beratus kali aku cabut, sampai warden tu fed up lalu membuang kitorang (aku dan 6,7 orang lagi) dari "penjara" tersebut. rumah dengan sekolah dekat gila kot, ibu masukkan dalam asrama memang lah mati kelemasan dalam tu. huhu sorry ibu. tak cukup dengan tu cabut sekolah pulak, tak la sampai sehari pon kadang-kadang just ponteng kelas and balik awal je. tu pon kadang-kadang kantoi kena rotan dengan cikgu disiplin, Cikgu Syakir nama dia ingat lagi tau. dia selalu rotan-rotan, nasihat-nasihat, kasik can, pastu buat lagi, kena rotan lagi, nasihat lagi dan begitulah seterusnya sampai masa kad disiplin penuh dan dapat lah aku surat amaran yang pertama dan terakhir. terakhir sebab sampai surat amaran pertama tu baru ade sikit kesedaran nak belajar betul-betul. time tu dah form 5, dah nak SPM, maka bermula lah otak nak get a better life tu. syukur dapat jugak hidayah time tu. SPM dapat 4a je. yang lain b dengan c. setimpal lah dengan usaha yang ala-ala tahi ayam. *sekali lagi. tengok Allah bayar cash, mendajal tak habes-habes? amek kau result macam tuttt. huhu


tapi alhamdulillah jugak syukur ke hadrat Illahi semangat nak menuntut ilmu tu still ada lagi. dapat masuk UiTM study Diploma in Science ni pon dah syukurr. setakat ni belom lagi la ade niat nak ponteng kelas bagai ni. tak sangka dah 2 tahun lebih kat UiTM ni and next sem i will turn to part 6. supersenior already. really hope for a better uni life , friendship and learning spirit. nak enjoy belajar last sem ni, no stress please. hihi oke bye. pray for MUET and upcoming semester ! start with bismillah, end with alhamdulillah. insyaAllah. assalamualaikumm :)


Thursday, October 17, 2013

ini baru gangster !

assalamualaikum kawan2

"hahh tu dia abang-abang kacak gua:p so semua dah tengok KL Gangster 2? aku bet ramai yang dah tengok. cuma persoalan dia korang tengok yang lanun punya ke legal punya? kuang kuang kuang~"

hari ni nak gengster sikit boleh ke?
boleh ke tak boleh lu pedulik apa, gua nak jugak. haha
ehh gua bukan bini tailong maa.
bini tailong tak pakai tudung maa.
ini anak dara pak aris maa. anak dara yang manis lagi laris.
*eh bodoh jangan merepek sangat pepetang ni.

gua update ni bukan saja-saja datang kacau masa lu orang.
gua ada benda baik punya nak kasik tunjuk sama semua.
ni bukan barang biasa maa.
gua tengok pon rasa macam kena sengattt!
eh sudah la cakap banyak pon tak guna.
lu orang kasik tengok sediri leyy!


oke ini video paling terbaik dari ladang gandum kot aku rasa. isu semasa + islamic value kat situ. memang kena batang hidung. haha ok bye asalamualaikum :)

Tuesday, October 8, 2013

cuti sem

hai asalamualaikom

harini dah masuk 8/10/2012 . semalam last paper gua . semalam jugak last day bergelar student part 5. nak sedih ke nak lompat sambil cakap "hooray!"?? I choose both. sebab part 5 ni sem yang paling heaven seronok classmate semua oke and we're like family. so bila dah abes sem ni mesti rindu kot nanti . nak lompat sambil cakap "hooray!" sebab sem ni ade project thesis Bio dan project ala-ala "How To Become a Smart Macho Brilliant Businesswoman! lolz~" under subject Ent . memerlukan masa dan tenaga yang quite a lot . memerlukan kesungguhan, ketelitian dan kerajinan yang tinggi jugak nak settlekan semua tu . and yess! we have done our best. alhamdulillah syukur sangat ya ALLAH . 



so sekarang dah cuti sem. time to eat whatever i want, do everything without limit and go merayap everywhere dengan gegirl dan family tercinta. heaven takk? hehe sila jeles. haha ala tapi cuti sem ni kejap je kot. then ada MUET lagi. tu satu hal kena turun Kuala Pilah balik.

takoyaki. gonna eat this a lot . nanti dah balik Kuala Pilah takde lah mengidam. 

rutin harian kalau balik. urut ibu pakai bendalah ni. dah masuk hukum wajib nampaknya. tak buat feel guilty seumur hidup. lol


goyang kaki pakai mask like a boss. haha sepanjang exam haritu hari-hari tido tak cukup, mata pon dah macam panda. lol

banyak lah kalau nak ikutkan nak buat time cuti ni. kang semua letak kat sini. kau scroll sampai esok pon tak habis. nak buat semuaaaaaa kecuali belajar masak. haha itu nanti nak kahwin baru belajar. kang belajar awal-awal, terkahwin awal pulak. ceh. hehe happy holidays tau nokk! take care! jangan main pistol kang berlobang langsir rumah. ok bye!~



Sunday, September 15, 2013

10th Arts Festival 2013 & Country Garden Danga Bay, Johor.

Asalamualaikum kawan :)
so macam biasa kalau balik jb, memang sah-sah la aku dok merayapp je kerja nya. susah la nak melekat dekat rumah. bukan kuar dating ke apa, memang parents aku pon jenis suka lepak luar. pantang ada event ke exhibition ke apa memang family aku antara yang "very the rajin" bab-bab turun padang ni. heho :)


14 SEPT. 2013- 10th Arts Festival 2013

 yang ni cantik. Lukisan Bangunan Sultan Ibrahim. pameran ni buat kat Bangunan Sultan Ibrahim ni lah, kalau tengok dari luar memang sejibik. :)

 aku tanya kat kakak tu takde ke kelas melukis kat sini? dia kata ade untuk budak form 4 dengan form 5 je. *menangis. lol

yang ni seronok. kau jalan tengah-tengah, canvas besar gedabak kat tepi-tepi. semua lukisan yang memang cantik, menarik, tertarik kau memang da bomb. besstt! untuk yang minat seni kompom tak nyesal datang.

 
cermin. tu haa lukisan nya yang pakai jubah tu. real gila kot. lol ha ha

 conteng-conteng pon cantik. nak tangan mcm ni satu T_T

 lukisan budak-budak sekolah. ade sentimental value kat situ :)

 dia lagi. eyy minah ni. haha haruslah. nak kahwin dah bulan 10 ni. kena manja-manja kan sikit."-_-

lukisan kedarok? motip??? haha actually ni pejabat lama ibu aku. masa kitorang kecik-kecik gila duluboleh lah selalu tawaf dalam ni. so bila dah besar gedabak datang sini tengok-tengok balik, macam jakunnya dah lama tak masuk. kenangan kot~



15 SEPT. 2013- Country Garden, Danga Bay, JB Johor.


crew-crew terlibat. tapi macam tak cukup column nampaknya. lol

ayah and the geng, tatau bila bukak. rasa macam surprise gila Danga Bay dah bukak balik. maka kitorang pon terus serbu kot-kot best lepak sini.

ootd. baju kurung. sebab next station is kenduri kahwin. aku suka gila pakai selipar asadi tak pun selipar jamban. bukan yang bawak pergi jamban. yang pattern dia ala-ala selipar jamban. senang je sarung. selalu je kena sound dengan family, dari atas dah oke sampai dekat kaki? sakai habis! haha please lah terima aku seadanya. #ikhlas dari si sakai yang comel.lol


p/s : yang ni korang boleh la cuci mata. seriously Danga Bay macam dah kena transform jadi Singapore. 
 "mak cik : kenapa semua kat sini english ye?
ayah : ini memang orang Singapore punya cik.
mak cik : oh yeke, patut lah no Malaysian words. depa tak hormat bahasa kita.. "
aku : better aku blah. ini hal orang tua. lol 


























 -the end of entry yang ala-ala photos diary. okbye-

Saturday, August 31, 2013

RAYA 2013 | kes kena nyanyi lagu Negaraku before start movie.

Hai korang assalamualaikum. pejam celik nak habis dah raya weh. semua orang dah back to reality. yang kerja, kerja. yang belajar, belajar. entri kali ni bodoh2 alam je takda isi penting pon just sumbat segala kenangan raya haritu je...  agak-agak rajin, scroll la sampai bawah eh. kalau tak rajin pon takpe, aku tak maki pon jangan risau. ehh? haha

i made this postcard special edition for raya. kenangan ni. nak buat sorang-sorang segan. so tepek lah sekali gamba adik kakak hamba. aku letak as cover photo je kat fb. nak tag sesekor memang tak lah. bukan cara aku nak buat semak kat notification orang camtu. hikhok jangan la terasa ea. sorry-sorry. SELAMAT AGHI GHAYA ! 
                           

 raya pertama sentiasa dekat jb. raya dengan ibu dulu. so apa lagi, menyemak la kitorang kat rumah MB Johor kejap. tak makan pon just nak jumpa dia je, snap gamba then bla. saja nak kenal-kenal dengan MB Johor yg baru.

 raya pertama ni kekonon nak tema cekelat. tapi along menyirap je dengan aku sebab baju da cekelat, tp tudung pulak pink. tak ke ke laot ? haha *aku memang jenis pakai taram je soal warna, asal selesa.

 2nd day of syawal. masa untuk raya dengan ayah pulak. masa kecik-kecik ibu suka belikan anak-anak dara beliau t-shirt yang sama cuma color je lain-lain. masa dah besar-besar ni ayah pulak buat benda yang sama. how sweet they are. nampak tak chemistry in both my mom and dad tu.

tu dia pak aris, yang orang dok panggil aku aris, aris tu. inilah orangnya. haha ayah dah 50 dah. tapi jiwa muda kau (muka pon boleh la awet muda, ayah kata petua nya banyak makan sayur, kurangkan benda manis :) ). err ayah cam nak buat muka tapi tak reti je?lol haha "-__-

kenal tak? tak kenal ke.takpe lah tak penting pon die ni. haha jumpa jep tepi jalan sebab dekat rumah ayah dengan dia. ayah selalu cerita jumpa bapak jep kat surau la berbual and so on lah konon-konon nak kasik kitorang jeles lah. tunjuk sikit gamba ni, ayah teros,"eh kau ambil gamba dengan jep.."*speechless dan sengeh-sengeh. haha evil la pulak rasa dia. #eh

 raya ke-3. masa untuk balik kampung. memang simple gila aku pakai hari tu. kenapa tah macam nak feeling-feeling perempuan melayu terakhir agaknya. lol.

 stock spare sepanjang perjalanan. haruslah cucuk bebanyak peniti dekat beg. kot-kot ada emergency jarum tercabut ke, hilang ke, kena cabut dengan hantu kak limah ke?  haa kan dah ready tu. bak kata orang sediakan jarum sebelum gelabah.

maigadd apa menda yang kitorang buat ni? ni pak uteh punya idea, "candid2." yang lain, "ok semua ikut pak uteh~". haha anak bujang dia je tak buat. control macho mungkin. baya aku tu weh, aku punya macam galah, dia rendah je. rendah tapi kacak oke. kelasss.

                              
ini family paling meriah di hari raya wa cakap kau, adik beradik sembilan orang. ramai perempuan ramai lelaki. balance. nanti terima menantu berderet-deret, bertambah-tambah la meriahnya. wee~

4th day of Eid. along kata dah raya ke-4, smart casual je tak payah pakai baju kurung. sebagai adik yang solehah dan comel haruslah patik menurut perintah. haha with family pak usop yang tak lama lagi nak terima banyak menantu. nantikan kemunculannya! amboi kau? tayah nk melebih. haha

raya ke-5. masa untuk balik Negeri Sembilan yang indah. masa untuk makan kuih raya dengan lembu serta kambing biri-biri di Beting. terima kasih la encik Sahol berikan kami cuti yang cukoppp sangat untuk raya. A week after naik cuti tu, semua orang macam krik-krik. raya kot, weekend takkan nak membusuk je kat kolej. haruslah kita keluar beraya dengan u-mate pulak. tapi limit sampai kl je, tertanya-tanya jugak aku bila dorang nak sampai jb eh? hoho

 rumah 1st sekali rumah ayien. semua agak segan. rumah pertama mungkin. eh tapi macam tak je. bila ajak amek gamba menyelit jugak semua. haha tapi serius lah sedap kot ayam kat rumah si ayien ni. aku ni dah la hantu ayam memang heaven rasa dia. 

looked too cute together kan. ada tinggi ada rendah. hihi most of them classmate. best weh sekelas dengan diorang. no pain no stress. just like sibling. such a brother and sister~ dah grad nanti sumpah rindu korang sangat.

the anak dara dekat rumah si kopiah. kopiah tu orang bukan sebarang barangan antik. haha sem ni, inilah tempat mengadu aku, tempat menggedik, ajak merayap, membebel, eh semua lahh :))



hasil selama beraya sesi 2013. tadaaa! *jangan ingat badan cam mak orang takde orang nak bagi duit raya. haha yang sampul JDT tu style ok? sepp sikit. okbai


so inilah cerita raya saya. woii harini 31 Ogos la weh! Merdeka! Merdeka! selamat menyambut hari kemerdekaan guys and girls. eh semalam aku pergi tingok midnight movie dengan house-mate. memang betul siapa yang cerita kena nyanyi lagu Negaraku ramai-ramai sebelum start movie tu. ini serius! dan semua orang  layankan je, terus bangun dan nyanyi. lagi sekali. ini serius!! unite jugak rakyat Malaysia ni kan? ada nilai positif kat situ. so good, so nice. the end. back to reality. I'm a student but I'm much busy like a prime minister. melampau je bunyik kann. hehe da bai. asalamualaikum.