Saturday, June 29, 2013

typical me

morning bapak-bapak ibu-ibu semua. assalaaamualaikum :)

hari ini hari ahad. hari memanjakan diri . pejam celik pejam celik dah nak masuk minggu ke-4 dah aku kat Pilah ni , laju siot masa kalah bullet train . harini aku nak list semuaaa perangai aku , bukan perangai maksod aku macam.. ala macam.. macam ape ea... ar macam tu la kot . tak reti la nak explain . lol


1) kadang-kadang orang ingat aku gurau padahal dalam hati dah.. "woi, tolong lah terasa.".  kalau dia terasa bagos lah . kang aku tegur direct ade yang sentap kang . masalah dia aku ni jarang tak senyum or gelak kalau cakap kat orang , makanya amenda yang aku cakap semua orang ingat gurauan bodoh semata .lol




2) lelaki yang aku baru kenal , aku memang susa nak bagi nombor , kalau orang yang aku rasa selesa je aku bagi , tu pon selalunya aku bagi nombor aku , tapi aku cakap tu nombor ibu aku . kalau dia bebetol ikhlas dia mesti try kan , even kuor suara ibu aku ke ape , be gentle lah , aku nih anak dara bukan anak kambing . ehh? macam tu ke nak uji ikhlas ke tak? entah. aku pakai bantai je . hikhok




3) ramai orang ingat aku ni lemah-lembut tali kecapi , biasa lah first impression always lie . siapa rapat ngan aku tahu lah aku macam mana . aku ni a bit becok . cakap tu main balunn je . haishh bahaya ni . sape tak jiwa kental baik pergi main jauh-jauh . haha





4) korang tahu an , perempuan hati tisu sikit , lelaki hati macam kering takde perasaan . makanya layanan tu wajib ade beza antara kawan laki dengan kawan perempuan , perempuan banyak benda yang kene cover even kadang2 intonasi cam tinggi and pelik sikit pon dah boleh buat diorang sentap  , amboi? intonasi? beriya naa ayat kau "-_- 





5) aku suka kucing tapi agak takut lah ngan dorang . lagi-lagi kalau kucing gengsters lompat naik atas kerusi meja bagai . haishh automatically aku pon boleh melompat kalau jumpa kucing yang macam ni . seram doh kang die gigit ke ape .




6) suka shopping , bukan baju kasot or handbag bagai tapi barang mengarut  macam mask ke macam tu lah . losyen dah ade dua botol nampak yang lain bau cam wangi sikit , beli . perfume macam dah kurang sikit , dah gelabah cari masa keluar nak beli lagi . beli jangan tak beli . 





7) ape-ape yang aku nak beli, lagi-lagi beli online macam baju ke ape ke aku akan roger kat ibu , tanya ,"ibu, kite nak beli bla bla bla tau". setakat ni ibu aku tak pernah lagi lah kata tak boleh , tapi tah memang dah jadi habbit sejak azali kot nak ape-ape kena inform dulu .





8) bersifat agak taksub , taksub ea. bapak teruk . haha maksod aku kalau aku dalam kelompok peyokong jdt , aku akan agung2 kan jdt tu . yang ni memang teruk buruk perangai tak ubah macam beruk . jangan ikot . it is not good for your health . i'll try my best untuk ubah perangai tak senonoh ni ;)


sekadar reference untuk mereka yang madah salah paham dengan aku  . takde kene mengena dengan cicak mati tersepit pintu ke hape , heh ok bai enjoy ur day :)