Thursday, July 25, 2013

kawan dan hujan

asalamualaikom , selamat petang murid-murid .
hari ni aku nak cerita sikit , cerita betul ni bukan cobaan -__-





hari tu kan hujan lebat gilaa tau , tatau la macam tiba-tiba . nak pergi kelas pukol 2 , time tu hujan turun dengan dasyatnyaa . aku turun nak pergi kelas tu , terserempak la dengan ex-classmate ni . dia pon nak pergi kelas jugak . payung ade satu kecik la pulak , mana muat aku dengan dia dalam satu payung tu . then datang lagi sorang ex-classmate kitorang . memang time tu dah lambat then hujan makin lebat menghala kat kitorang pulak , memang ujian sangat di bulan Ramadhan ni .

aku : bapak laa nak pergi kelas camne ni ea?
ex-classmate : tu la kan dah la da lambat ni .
aku : kann? nak redah memang kuyup lah , aku dah la lab bio kejap lagi .
ex-classmate : *sambil raba-raba dalam beg. kite pakai lab coat je lah. kau ade kan?
aku : aku ade . err? betul ke? boleh la. dah desperate sangat ni. *padahal dalam hati , habes la lab coat kau ika..


pastu ape lagi masing-masing keluarkan lab coat teros lari sampai ke susur gajah , memang sadis sebab dah sampai tempat ade bumbung pon still lagi kena tempias yang amat dasyat . then , sampai kat admin , aku cakap lah kat dia , " bapak laa lab coat aku , cane nak masok lab weh lencun camni". aku tengah serabut ala jemah tu , dia senyum and rilek je cakap , " sabarr..mesti ada hikmah dia . ni baru ujian sikit je ni , tempat-tempat lain lagi terukk ..:)".



aku macam.."wahhh @_@ ". terpegun kejap . sejuk hati beta mendengarnya . kuyup-kuyup tu aku dengan penuh yakin pergi jugak lab . ye memang aku mengaku ayat dia tu , ayat dia tu yang buat aku boleh senyumm je sepanjang petang tu . in the same time , aku pon agak malu jugak sebab dia dulu free hair dan baru je pakai tudung sem lepas , tapi kesedaran dia memang jauh lagi bagus , dari aku yang dah lama pakai tudung ni tapi siki-sikit merungut . teruk.. kesian . dah umur 20 baru sedar perangai tu teruk.. selama ni tak sedar , tak reti bersyukur , mulut dok merungut je kerja . memang hampeh .. aku harap sangat aku boleh pikir positif sentiasa macam dia . how calm she is when we were stucked in the middle of the rain . memang awesome . memang aku simpan dalam peti besi kenangan kita lari sama-sama pakai lab coat hari tu . thank you bebanyak weh sebab teman aku ..terharu :') 



Wednesday, July 17, 2013

tips maintain sihat dan bertenaga sepanjang ramadhan .

assalamualaikum korang !
sekarang da pukol 4 pagi , berapa ketul je yang hidup lagi time ni angkat tangan~ owh ada lah 2,3 ketul , boleh la dari takda . hoho update pepagi buta sape la yang celik mata nak baca blog ekau ni ika ooii.. pedulik la , haha aku bukan kejar reader pon , just nk share something good je . lol

lupa pulak nak wish , salam ramadhan der and dear sekalian :))
                
hari ni tanak bebel sangat , aku nak bagi tips puasa je . aisehh patot bagitau awal-awal Ramadhan hari tu. ni dah masok minggu ke-2 Ramadhan. ala mak tak sempat la jah . maap maap maap ;3

TIPS UNTUK KEKAL BERTENAGA SEPANJANG RAMADHAN :

yeah tu dia mak jemah badan ketak-ketak ! lol haha just for fun . sorry.

1. minum air manis masa buka dan sahur
- di bulan puasa ni seeloknya minum air manis , sebab air yang mengandungi gula boleh topap tenaga . tapi minum banyak sangat pon tak boleh jugak . kang ade kena harung dengan semut kencing kau nanti . lol i mean kencing manis lah . haha

2. jangan kerap sangat minum air sejuk
- air sejuk ni memang la sedap gila kan lagi-lagi bila pergi bazar. perut dah pasang lagu dangdut tak macam heaven pulak nampak air kaler-kaler kat bazar tu . tapi tahukah anda air sejuk boleh sebabkan perut kembung , badan lepak dan lesu . kalau dah lesu lembik nak terawih celah mana?memang tidur lah kau masa terawih tu . minum air manis yang suam-suam sudah~

3. banyakkan minum air masak jugak
- air masak ni function dia untuk bendalir dalam badan , lecturer aku kata ape benda yang kita minum , cuma air masak je yang flow ke blood stream kira menyumbang lah pada sel darah merah kita . air masak juga merupakan source of oxygen , kita ni manusia oxygen tu sangat diperlukan , so dalam kelas takde lah menyangap je koje nya .

4. buat kerja-kerja harian secara normal
- buat je macam hari-hari biasa . otak tu jangan dok pikir makanan je . Dr Muhaya kata , mindset kita mempengaruhi emosi , emosi mempengaruhi tindakan . kalau mindset kau pikir makanan je , emosi kau macam takde mood nak buat keje nanti , asyik letih je. asyik tengok jam je countdown lagi berapa jam nak buka . 

5. elakkan makanan goreng dan pedas
- lagi2 masa buka , jangan main taram je makanan pedas , untuk pesakit gastrik macam aku , korang akan pedih perut dan mula la asyik nak poie toilet je keje nya . makan yang biasa-biasa je and yang penting portion tu jangan besar sangat macam da sepuloh hari tak makan . makan kalau boleh jangan sampai kenyang gila , makan buat hilang lapar je sudah .

6. elakkan berada kat bawah matahari
- matahari pagi tu sedap lagi , ade vitamin D . baik untuk kulit . matahari tengahari ke petang tu , kalau boleh elak-elakkan lah sebab die ade UV , kulit boleh rosak dan boleh sebabkan dehydration jugak . dehydration tu kehilangan air dalam badan , bendalah ni boleh sebabkan badan lesu , kuit dan bibir jadi kering . 


so tu je lah kot , semoga bermanfaat eh kengkawan . wa chow dulu . tata asalamualaikom selamat berpuasa!! :)


"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur." - surah al baqarah, ayat 185