Tuesday, August 6, 2013

have you ever thought ?

asalamualaikum . bismillahirrahmanirahim .

korang pernah dengar tak lagu Selamat Berhari Raya dari Rahimah Rahim ?
alah yang lagu lama zaman ibu ayah kita muda-muda dulu..
mesti pernah kann , ada satu part tu dia kata ,

"Dalam kita bergembira
Pasti ada yang berduka
Enak menjamu selera
Jangan lupa yang tiada"

*banyak maksud lagu tu . jangan dengar dok joget je kerja nya , hayati juga lirik dia tuu.

hari tu  dok syok-syok online fb tiba-tiba nampak orang post gamba-gamba ni haa. aku kalau online fb ni selagi takde gamba selagi tu aku scroll je sampai bawah . agak malas membaca sebenarnya . tapi bila ada gamba , baru aku stop baca , ambil tahu kot-kot ada cerita penting ke an . 


masa aku tengok gamba ni ingat kan baby baru lahir ke apa , rupanya budak kena seksa , kena toreh dengan pisau sepanjang lengan , dan kaki dia jugak . biadabun sangattt weh . kita kalau tengok anak kecik automatik rasa sayang je , rasa macam na peluk-peluk je even bukan anak kita kan? tapi dorang yang buat ni takde perasaan ke apa buat anak orang macam ni? apa benda yang diorang rasa masa toreh tangan budak ni ea? kebabian apa yang dorang cuba tunjukkan pada dunia sebenarnya? semoga Allah melaknat kau si mangkuk hayun . syukurrrr gaduh-gaduh kita kat Malaysia tak sampai lagi tahap macam ni .


next post yang membuat aku stop kejap , ialah video gaza . mamat dekat atas ni cousin aku , nak kenal boleh la pm aku . ehh? shh2! diam-diam aku tengah serius ni . dalam video ni dia tunjuk macam mana hujan bom dekat sana , orang lari lintang-pukang , suasana kat hospital and monolog of children kat sana . dorang takde masa nak gedik-gedik kat parents dorang mintak baju raya pesen kembang bawah la kembang atas la baju kurung moden la apa la  , dorang just pikir , "kan lagi bagus kalau aku mati sekali macam yang lain.". sadis kan? hujan emas kat negara kita , negara lain bukan hujan batu lagi , mercun pon bukan , hujan bom teros . 


so , jom lah tepuk dada tanya iman , tanya diri sendiri tak cukup lagi ke nikmat yg Allah da bagi kat kita ? keamanan, itu pon satu nikmat . keluarga , itu pon satu nikmat . kebebasan, itu pon satu nikmat .

kita kat Malaysia ni pikir siang malam macam mana lah nak lepaskan perasaan terpendam kat si minah ke si mamat ni , diorang kat sana siang malam pikir macam mana lah nak lepaskan diri dari negara yang hujung-hujung tanduk tu . dalam kita berdoa , jangan sibuk dengan jodoh je , sibukkan juga dengan doa untuk sedara-sedara kita di sana . semoga Allah memberi balasan setimpal , semoga Allah selamatkan semuanya . amen---