Friday, November 8, 2013

sekolah

hai assalamualaikum
semua pernah pergi sekolah kan?
kalau tak pergi memang wajib kena "sekolah" kan. ehh.

haritu aku borak dengan family aku and they keep remind me about my school time. dulu masa kecik-kecik ayah pernah kejar aku suruh pergi sekolah punya pasal , sampai nak kena langgar van kau tawu tak . sabor yolah . tapi memang . aku mengaku la dulu masa kecik-kecik, aku paling benci gila bab sekolah lagi-lagi sekolah agama . siap boleh tidur ustaz ajar padahal duduk depan sekali tu. astagfirulahalazimm. *sekolah sejengkal je so memang la jalan kaki je . tp tu pon malas . tatau la nak cakap ape "-_-




kisah pengajaran 1 :
aku kan benci gila nak pergi sekolah agama kan,, then satu hari tu aku try la nak menyetan sikit ponteng sekolah agama, pastu pergi merayap nak lepak seven eleven bagai. masa tu hingus lagi, sekolah rendah, mana kenal City Square bagai. haha nak jadi cerita aku tengah lintas jalan tu, elok je ade motor ni libas aku maka tergolek, eh bukan tergolek, terseret lah aku dan motor tu ke tepi jalan. mamat tu cool je "alah langgar budak sekolah je, halus sangat" apa ade hal? time tu kain aku dah lobang besar da kat lutut, memang niat nak balik tapi kang kantoi pulak tak pergi sekolah, so aku pon patah balik, dengan lutut dah parah nya buat muka bodoh je masuk kelas lambat dan jalani hari aku macam pelajar lain yang tak bersalah. astagfirullahalazimm. buruk betol perangai, kalah beruk. tapi tengok lah Allah bayar cash, nak ponteng? amek kau accident terus. huhu



kisah pengajaran 2 :
sekolah menengah ingat dah insaf. sekali tak jugakk. ibu masukkan asrama beratus kali aku cabut, sampai warden tu fed up lalu membuang kitorang (aku dan 6,7 orang lagi) dari "penjara" tersebut. rumah dengan sekolah dekat gila kot, ibu masukkan dalam asrama memang lah mati kelemasan dalam tu. huhu sorry ibu. tak cukup dengan tu cabut sekolah pulak, tak la sampai sehari pon kadang-kadang just ponteng kelas and balik awal je. tu pon kadang-kadang kantoi kena rotan dengan cikgu disiplin, Cikgu Syakir nama dia ingat lagi tau. dia selalu rotan-rotan, nasihat-nasihat, kasik can, pastu buat lagi, kena rotan lagi, nasihat lagi dan begitulah seterusnya sampai masa kad disiplin penuh dan dapat lah aku surat amaran yang pertama dan terakhir. terakhir sebab sampai surat amaran pertama tu baru ade sikit kesedaran nak belajar betul-betul. time tu dah form 5, dah nak SPM, maka bermula lah otak nak get a better life tu. syukur dapat jugak hidayah time tu. SPM dapat 4a je. yang lain b dengan c. setimpal lah dengan usaha yang ala-ala tahi ayam. *sekali lagi. tengok Allah bayar cash, mendajal tak habes-habes? amek kau result macam tuttt. huhu


tapi alhamdulillah jugak syukur ke hadrat Illahi semangat nak menuntut ilmu tu still ada lagi. dapat masuk UiTM study Diploma in Science ni pon dah syukurr. setakat ni belom lagi la ade niat nak ponteng kelas bagai ni. tak sangka dah 2 tahun lebih kat UiTM ni and next sem i will turn to part 6. supersenior already. really hope for a better uni life , friendship and learning spirit. nak enjoy belajar last sem ni, no stress please. hihi oke bye. pray for MUET and upcoming semester ! start with bismillah, end with alhamdulillah. insyaAllah. assalamualaikumm :)