Thursday, June 19, 2014

Konsert Amal PDRM

tarikh : 15 June 2014
anjuran : YAM Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim
tempat : Persada Convention Centre Johor Bahru


Hah tu dia intro dah macam surat karangan rasmi kau. alah benda formal tu aku tak reti lah buat main benda-benda formal ni kang lain jadi kang. haha 

kau tahu PERKEP tu apa? PERKEP tu Persatuan Keluarga Polis. hahhh tatau kan? aku pun baru tahu. aku ingatkan nama kartun apa lah orang duk perkep perkep kat sana. huhu so aim bendalah ni diadakan adalah bertujuan mengutip sedikit donation dari orang-orang Johor khas untuk membantu keluarga-keluarga polis. Lagi-lagi yang ada anggota keluarga yang dah terkorban masa nak selamatkan negara dari makhluk-makhluk durjana abad ini tu. 

so lets lah aku share sikit eh gambar. ye "share". bukan "belanja". pernah nampak orang post kat instagram dengan caption, "meh kita belanja selfie satu harini". belanja??? selama ni orang bayar ke nak tengok gambar kau? ek eleh waklu sangat perangai. ini semua poyo. jangan diikut budaya mangkuk ni ok. please don't do that at instagram. #ehh. (hashtag kat blog pun boleh iqaaa. kau mampu? haha)


mak ani dan anok menantunya. 

so tu dia segala detail. penat je aku tulis panjang-panjang kat intro tadi. haha azlee jadi pengacara lawak gila. amy search, ziana zain dengan anuar zain palinggggg lejen sekali malam tu, memang best puas hati lah. yang the rest tu najwa letip, adira, nomad lah apa tu cam biasa-biasa je. orang baru kut, aura dia belum sekuat artis otai yang masih berbisa. *tetiba masuk kilauan emas.

dengan mak buyung sekali kasik angkut. nasib baik tak terberanak tengok amy search perform, kalau tak ada yang lahir-lahir jadi anak Persada. lol

ingatkan konsert JDT. sekali konsert PDRM. wrong outfit detected. haha jangan orang confuse aku dengan bendera Johor sudah :p

performance paling first sekali. excited jugak la tengok depa ni. sebab siblings aku dulu masa sekolah semua memang kena push dengan bapak aku supaya aktif join benda-benda beruniform, kadet ke kawad sekolah bagai ni. supaya hidup lebih desiplen katanya ;)

malam tu nak amek gamba banyak-banyak sebenarnya tapi kena cerca dengan adik aku, beliau kata, "kau nak tengok konsert ke nak bergambar?". ee benci siak kena sound dengan adik sendiriiiiii. blerghh.

k dah tu je. dah lama tak update blog.  jari aku pun dah jadi kayu tatau nak tulis apa. take care semua. chow cincauu ! :D

Thursday, May 8, 2014

harapan

asalamualaikum dan selamat malam. sari berita utama. opps. sorry. kau salah channel ni. ni bukan berita. ni blog aku mangkuk. kuikui ok serious serious.

korang dah tengok tak video ni? video yang cakap terang tang-tang "we create smart phone, and dumb people". benda yang sangat betul dan aku pikir sekian lama sebelum kakak aku bagi free phone android beliau kepada aku. kalau dia tak bagi rasa sampai sekarang setia dengan corby kot. macam kembang dan sedap pegang lah phone tu. aku suka. takde android pun takpe time tu sebab memang tak kisah langsung wasap ke instagram bagai. tak gila sangat time tu nak ada account itu ini bertingkek-tingkek. bagi aku cukup facebook dan twitter online dekat laptop, phone cuma untuk contact family dan kawan untuk tanya bebenda penting semata. tak lebih dari tu.

tapi since dah ada android ni aku pun rasa yang aku macam jauh sikit dari realiti hidup sebenar. macam nampak gah berbual di alam siber ada beribu-riban kawan, hakikatnya dengan orang yang depan mata kau tak appreciate langsung pun. duk sibukkk je nak tengok phone even takde benda pun. just suka scroll bodoh-bodoh takde tujuan.

kau pernah dengar tak bila lepak kadang-kadang ada kawan lelaki biasa akan cakap, "semua main phone baik tayah jumpa.". okay sentap. ayat nampak macam sarkastik tapi sebenarnya betul. dengan orang yang jauh sibuk naa cakap rindu nak jumpa bagai, dah depan mata tanak pulak spent time sesama. pariyappa. sumpah keling. jangan tipu. sebab kau dengan aku sama je. most of the time habis dekat phone yang konon smart sangat tu.

tengok pada video kat atas ni, aku sedar satu benda. aku harap bila aku besar ada anak aku mampu nak have fun dengan anak aku tanpa belikan dia gadget canggih macam ipad semata nak tengok dia gelak. takpe aku sanggup jadi badut untuk dia kalau tu mampu buat dia gelak. i just want him/her to appreciate her/his life. live her/his life to the fullest. macam tu jugak husband. aku nak doa pada Tuhan janganlah aku dapat husband yang gila internet ni. gila kasih sayang takpe, jangan gila internet 24 hours. mau makan hati aku tengok dia skodeng habis-habisan segala benda kat internet tu. kalau dia skodeng aku takpe lah dah memang time tu aku ni bini dia. memang complete full package aku ni hak dia sorang je. kahkah

dan aku pun berharap yang family aku tak bawak phone diorang time makan. time makan is makan. tu je lah masa kau spent sesama after tired of working all day long. kalau dah time makan pun main phone alamat dia memang kau cakap pinggan je nak dengar. kau nak berbual kerusi je sudi nak main eye contact dengan kau. kau tahu punya susah nak built keluarga bahagia lagi harmoni dari ancaman duniawi zaman sekarang ni?? sapa yang pass dari ancaman tu memang lah keluarga yang power sekali. and to be frank I really want to be one of them. serious!

oi panjang siak aku bebel malam ni. dah la jum tidur. sok banyak benda nak settle. lets live our real life to the fullest. avoiding ourself from being dumb by the smart phone. goodnight! goodluck result oi!


Wednesday, April 30, 2014

1 Rejab 1 May

pejam celik pejam celik dah sampai bulan 5 dah kita. masuk bulan May ngam-ngam soi masuk bulan Rejab. just nice je kan. "cepatnyaaa!! maigaddd!" hah kann? tu lah kau. aku dah cakap dah masa ni laju bagai kereta formula 1 terbang di udara, tak caya, degil. tengok. sekarang dah masuk bulan 5 2014. apa je benda berguna kau dah buat sepanjang 4 bulan yang lepas dalam tahun 2014 ni?? menda? tarak? tarak guna punya orang. lol gurau-gurau ;D

dan secara tak sengaja jugak blog aku jadi bangkai yang takde fungi nak tolong decay-kan dia selama 3 bulan yang lepas. last update hujung January haritu. mak ai pemalas betei kau ni Iqa astagfirullahalazimm. eh apa? apa? orang busy eh. bukan sengaja. plus aku update pepanjang pun ada ke orang nak baca? majuk lah cenggini. (like you care. blerghh. kahkah)


baik kau plan cantik-cantik bulan ni nak buat apa yang berguna sikit pada bangsa dan negara sebelum aku tumbuk muka kau. *pesanan penuh gengster dari aku kepada aku dan kita semua :p
pastu kan sesejak ada instagram ni ya Allah pemalas nak bukak laptop tu memang menjadi-jadi ah wa cakap lu. lagi rajin update instagram daripada facebook ke twitter. Blog lagi lah haram nak jenguk pun tak kuasa dah. haha sabar eh blog *tepuk bahu. and i was wondering yang tiada lagi gambar personal yang akan di share kat blog kot. sebab blog memang tempat menulis. instagram tempat share gambar and facebook dan twitter untuk bebelan ringkas semata. actually aku dah terlepas beberapa kali membebel kat instagram (hastag JemahPerkasa) sebab nak cerita panjang tapi malas nak bukak blog so bantai je la labuu. orang nak scroll sampai jari patah pun lantak dia la labuuu. hahahaha gelak setan. kejam kau ni. please jangan buat camtu selalu sangat kalau tanak kena maki eh? elak orang muntah hijau je kang dok baca karangan aku yang tak sehebat A. Samad Said dan Fynn Jamal.

so we're muslim have 3 precious month to go. lets start it with bismillah :)


eh dah shadap you asyik cerita pasal May je. lets proceed to Rejab pulak. Rejab ni dulu aku kecik masa bodoh-bodoh tak tahu apa-apa pakai lantak je. tak pandang langsung kehadiran dia sebab aku ingat bulan ni sama je macam bulan-bulan yang lain,yelah. time tu bodoh alam lagi. tahu tengok sailormoon dengan dragon ball je. now bila dah besor panjang baru lah sedar, kelebihan bulan Rejab ni sangatlah banyak. lagi pulak bila kau banyak berpuasa maka makin banyak la ganjaran dia. so apa lagi? moh kita marathon puasa dari sekarang. jangan tunggu dekat-dekat Ramadhan baru nak ganti puasa bagai. 


okay dah. nanti aku membebel lagi. ni sekadar melepas rindu di tangga je kejap sementara cuti ni. oh ya ada lagi satu lah nak cakap! ni hahhh. selamat hari pekerja! happy labor day! sawadikap! take care uolls tata! :)


Tuesday, January 28, 2014

luar dalam

kacak luar kacak dalam kacak dengar sini.
habis kalau tak kacak? tak boleh dengar lah?
lek luu lu jangan emosi dulu.
kang wa sepak muka lu tahu berbuluu.
takde niat pun nak cakap macam tu tau.
itu kan lagu. tak pernah dengar ke? dasar kuno.

orang yang luar dia oke. tak semestinya dalam dia oke kan.
macam buah-buahan tempatan lah.
*kenapa buah-buahan tempatan? kenapa tak strawberi ke anggur. lol entah.
luar nampak licin je kulit dia. molek benor kalau dimakan bersama keluarga.
tup tup dah sampai kat lidah pahit pulak.
maka orang yang rasa tu pon buat muka. bukan muka tahi. tapi muka macam baby nak nangis.
kau paham kan maksud aku?
tak paham google lah. tu pun untung kalau ada. heh.

sama lah jugak macam drama cinta kat tv tu.
bukan yang genre romantik komedi. memang genre jiwang karat ala-ala Titanic tu.
kadang-kadang heroin nampak comel. cool. lincah kaduk je.
tup tup. ehh ada leukimia lah pulak.
tak expect kan? sebab luar dia memang nampak sempurna.
memang cun dan memang tepat sekali untuk dibuat gf atau bini. eh.
*nak ikutkan dah boleh expect dah. biasalah drama Melayu. tengok. Melayu jugak kena. oke lah drama Mat Saleh lah. oke? cool?  jangan maki aku please.

same goes to human.
luar nampak cool. outgoing person ever.
tapi dalam hati rabak habis.
dah taruk ubat kuning luka lagi,
dah jahit koyak lagi.
sadis. kena hantar hospital masuk ICU. setahun kemudian baru ok mungkin.



Wednesday, January 1, 2014

2014

selamat datang ke hari ke-2 2014. anda kini berada di blog usang anak dara pak aris yang ketiga. yang paling tinggi dan paling comel. terima kasih. 

2014 ni semuaaa benda nak naik termasuklah rambut rosma dan lemak encik najib. yang turun cuma hujan. ehh apo kono eh jang? intro je dah politik. nak kene sepak? hoho sorry sorry :P 

2014 ni. family besar agak busy. ramai sepupu-sepapat yang nak kahwin. kakak gua pulak nak tunang. cepat betol masa. dulu rasa tu semua geng-geng main guli main police entry je. tup-tup eh semorang dah besar bak ang. tak sangka :)




alkisah case dalam file masa 2013..
-sem lepas aku doa gila-gila tak repeat Biology. *sebab Biology sem lepas memang serabuttt . aku pass Alhamdulillah.
-sebelum masuk sem ni aku doa gila-gila nak dapat kolej. *aku tanak dok luar. leceh mampus. and yess. aku dapat dok dalam untuk sem last ni. Alhamdulilah.
-29 Dis 2013 baru-baru ni fon aku rosak. aku doa gila-gila. masuk bengkel tolong lah sihat semula. *aku jenis selagi tak hancur aku takkan sesenang je beli baru. fon tu sihat walafiat semula. Alhamdulillah.

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. infinity syukur ke hadrat Illahi. rasa macam senang je dapat apa yang aku nak. 

2014 ni aku nak settlekan diploma ni. aku nak grad. ni bukan azam. ni harapan. lepas tu nk kerja part time kejap. then sambung degree pulak. aku rasa tahun ni doa gila-gila supaya dapat sambung Physio kat Palam or Chemistry dekat Arau kot. hehehehe tp kene usaha lah. bukan pakai bantai doaaaaa je. amboi. lemak berkerim tu.


2014 ni harap-harap orang toksah la tanya aku pasal kahwin. walaupon kakak-kakak gua laku macam Pizza Cheesy Lava, tapi aku target umo 26. sekarang baru 20. muda bangat kokk. banyak benda nak kejar, banyak benda nak buat. aku bukan apa, my mom keep asking me lately ni , "ika kau betul-betul. nak belajar ke tak? tanak ibu kahwinkan je...". ibu risau kot tengok aku. kot-kot jeles ke akak-akak dia dah jalan. lol takde maknanya. masak pon dah macam silat kat dapur tu nak kahwin pebendaa. watlek wat peace eh bu. haha 

oke sebelum aku buat novel 360 muka surat kat sini baik aku blah. ok bye. take care. sayang semua. have a greater year than before semorangg. assalamualaikum :)