Wednesday, January 1, 2014

2014

selamat datang ke hari ke-2 2014. anda kini berada di blog usang anak dara pak aris yang ketiga. yang paling tinggi dan paling comel. terima kasih. 

2014 ni semuaaa benda nak naik termasuklah rambut rosma dan lemak encik najib. yang turun cuma hujan. ehh apo kono eh jang? intro je dah politik. nak kene sepak? hoho sorry sorry :P 

2014 ni. family besar agak busy. ramai sepupu-sepapat yang nak kahwin. kakak gua pulak nak tunang. cepat betol masa. dulu rasa tu semua geng-geng main guli main police entry je. tup-tup eh semorang dah besar bak ang. tak sangka :)




alkisah case dalam file masa 2013..
-sem lepas aku doa gila-gila tak repeat Biology. *sebab Biology sem lepas memang serabuttt . aku pass Alhamdulillah.
-sebelum masuk sem ni aku doa gila-gila nak dapat kolej. *aku tanak dok luar. leceh mampus. and yess. aku dapat dok dalam untuk sem last ni. Alhamdulilah.
-29 Dis 2013 baru-baru ni fon aku rosak. aku doa gila-gila. masuk bengkel tolong lah sihat semula. *aku jenis selagi tak hancur aku takkan sesenang je beli baru. fon tu sihat walafiat semula. Alhamdulillah.

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. infinity syukur ke hadrat Illahi. rasa macam senang je dapat apa yang aku nak. 

2014 ni aku nak settlekan diploma ni. aku nak grad. ni bukan azam. ni harapan. lepas tu nk kerja part time kejap. then sambung degree pulak. aku rasa tahun ni doa gila-gila supaya dapat sambung Physio kat Palam or Chemistry dekat Arau kot. hehehehe tp kene usaha lah. bukan pakai bantai doaaaaa je. amboi. lemak berkerim tu.


2014 ni harap-harap orang toksah la tanya aku pasal kahwin. walaupon kakak-kakak gua laku macam Pizza Cheesy Lava, tapi aku target umo 26. sekarang baru 20. muda bangat kokk. banyak benda nak kejar, banyak benda nak buat. aku bukan apa, my mom keep asking me lately ni , "ika kau betul-betul. nak belajar ke tak? tanak ibu kahwinkan je...". ibu risau kot tengok aku. kot-kot jeles ke akak-akak dia dah jalan. lol takde maknanya. masak pon dah macam silat kat dapur tu nak kahwin pebendaa. watlek wat peace eh bu. haha 

oke sebelum aku buat novel 360 muka surat kat sini baik aku blah. ok bye. take care. sayang semua. have a greater year than before semorangg. assalamualaikum :)