Wednesday, April 30, 2014

1 Rejab 1 May

pejam celik pejam celik dah sampai bulan 5 dah kita. masuk bulan May ngam-ngam soi masuk bulan Rejab. just nice je kan. "cepatnyaaa!! maigaddd!" hah kann? tu lah kau. aku dah cakap dah masa ni laju bagai kereta formula 1 terbang di udara, tak caya, degil. tengok. sekarang dah masuk bulan 5 2014. apa je benda berguna kau dah buat sepanjang 4 bulan yang lepas dalam tahun 2014 ni?? menda? tarak? tarak guna punya orang. lol gurau-gurau ;D

dan secara tak sengaja jugak blog aku jadi bangkai yang takde fungi nak tolong decay-kan dia selama 3 bulan yang lepas. last update hujung January haritu. mak ai pemalas betei kau ni Iqa astagfirullahalazimm. eh apa? apa? orang busy eh. bukan sengaja. plus aku update pepanjang pun ada ke orang nak baca? majuk lah cenggini. (like you care. blerghh. kahkah)


baik kau plan cantik-cantik bulan ni nak buat apa yang berguna sikit pada bangsa dan negara sebelum aku tumbuk muka kau. *pesanan penuh gengster dari aku kepada aku dan kita semua :p
pastu kan sesejak ada instagram ni ya Allah pemalas nak bukak laptop tu memang menjadi-jadi ah wa cakap lu. lagi rajin update instagram daripada facebook ke twitter. Blog lagi lah haram nak jenguk pun tak kuasa dah. haha sabar eh blog *tepuk bahu. and i was wondering yang tiada lagi gambar personal yang akan di share kat blog kot. sebab blog memang tempat menulis. instagram tempat share gambar and facebook dan twitter untuk bebelan ringkas semata. actually aku dah terlepas beberapa kali membebel kat instagram (hastag JemahPerkasa) sebab nak cerita panjang tapi malas nak bukak blog so bantai je la labuu. orang nak scroll sampai jari patah pun lantak dia la labuuu. hahahaha gelak setan. kejam kau ni. please jangan buat camtu selalu sangat kalau tanak kena maki eh? elak orang muntah hijau je kang dok baca karangan aku yang tak sehebat A. Samad Said dan Fynn Jamal.

so we're muslim have 3 precious month to go. lets start it with bismillah :)


eh dah shadap you asyik cerita pasal May je. lets proceed to Rejab pulak. Rejab ni dulu aku kecik masa bodoh-bodoh tak tahu apa-apa pakai lantak je. tak pandang langsung kehadiran dia sebab aku ingat bulan ni sama je macam bulan-bulan yang lain,yelah. time tu bodoh alam lagi. tahu tengok sailormoon dengan dragon ball je. now bila dah besor panjang baru lah sedar, kelebihan bulan Rejab ni sangatlah banyak. lagi pulak bila kau banyak berpuasa maka makin banyak la ganjaran dia. so apa lagi? moh kita marathon puasa dari sekarang. jangan tunggu dekat-dekat Ramadhan baru nak ganti puasa bagai. 


okay dah. nanti aku membebel lagi. ni sekadar melepas rindu di tangga je kejap sementara cuti ni. oh ya ada lagi satu lah nak cakap! ni hahhh. selamat hari pekerja! happy labor day! sawadikap! take care uolls tata! :)