Thursday, January 22, 2015

review filem : Terbaik Dari Langit

assalamualaikum kawan.
aku kembali lagi sempena cuti sem yang tak berapa lama ni.
saja lah nak buat semak kat blog.
gila lama weh aku tak membebel kat sini.
rindu pulak blog, peluk sikitt.
ok dah fokus.
korang dah tengok belum cerita Terbaik Dari Langit ??
cerita ni haaa. 

pelakon dia biasa-biasa je. tapi isinya luar biasa. kalau kau tengok segala benda dalam filem ni pun santai-santai je. tak high class sangat, tak sarat sangat. dia lek-lek je dengan van biru buruk dia, dengan serbai dia, dengan pelakon tak make up tak apa. togel gitu je. tapi bagus lah, natural. aku suka.

cerita ni tengok mula-mula macam nak carut skit lah sebab tak berapa faham amenda dia nak sampaikan. but bila dah dekat middle of the story tu baru faham yang cerita ni pasal friendship. sedih dan motivating lah jugak. simple je cerita ni. efek dia adalah beriya sikit. tapi kau boleh hadam lah kot. ai mat salaeh punya efek beriya teruja kau tengok, takkan local product punya kau madah nak hentam je. sokong lah filem buatan Malaysia yee. tetiba. haha.

ok straight ke review terus. cerita ni pasal ada sorang mamat ni beriya nak buat filem ke short film gitu lah, pasal UFO. lalu untuk mejayakan itu dia pun kumpul lah kawan dia masa sekolah, 4 orang serta seorang pelakon wanita tambahan bernama Sofia Jane. nak dijadikan cerita masa sekolah adalah sedikit salah faham antara diorang ni, dan benda tu sampai diorang besar natang pun still tak settle lagi. sepanjang process nak shoot film tu lah ada macam-macam benda yang berlaku. bergaduh lah, camera man tak fokus lah, apenda lah. nak tahu happy ending ke sad ending uolls kena lah tengok sendiri ya.

dinasihatkan cerita ini deep-deep alam gitu. kalau kau jenis tak suka tengok cerita slow sementara menunggu climax, elak kau berdengkur dan tengok tak habis je. hahaha tapi cerita ni best. lain dari yang lain. kalau kau suka laya jiwang 24 jam. so thats mean kau ni memang membosankan. lol. 

ok dah bye. goodnite. nantikan review filem melayu seterusnya. aku dah tak tahu nak taruk apa kat blog ni. cuti ni aku buat review filem yang aku tengok je lah kot. so, takda lah blog aku yang dah sedia tua ni nampak usang macam Villa Nabila sangat kan. huhu

oh aku pun suka layan lagu OST cerita ni. lirik dia seronok dan music dia classic. saya suka saya suka *gaya budak cina dalam upin ipin.

nahh! have fun ye :) tata!