Saturday, October 20, 2018

APA NAK BUAT KALAU AKAUN MAYBANK2U KORANG KENA BLOCK?

Salam. So hari ni nak cerita yang aku baru lepas try login Maybank2u aku sebanyak bukan 2, bukan 3. Tapi 6 kali! Lepas tu apa lagi, keluar lah "red notes" yang cakap "akaun anda telah di blok kerana telah melebihi 100 kali percubaan fail untuk login. Sila call kawan saya yang dekat customer care tu untuk settlekan masalah anda. Mekaseh". *ok tu aku translate, depa cakap mat salleh. lol

Yang aku geram tu username dan passowrd aku tu memang betul. Aku tahu lah aku da guna bertahun kot akaun tu. Tetiba harini nak salah password bagai. FYI, ini kali kedua aku kena gini tau. Tak tahu lah kenapa sakai je peel dak Maybank2u ni lately ni. Nyirap weh.

Ok dah straight to the point. WHAT TO DO WHEN YOUR MAYBANK2U ACCOUNT BEEN BLOCKED?


1) Hang jangan isi username tu lagi sebab sia-sia ja, depa takkan bagi hang login pun. Hang direct ja pi tekan "Forget Username/Password".




2) Hang isi Card No.: *Yang 16 nomboq tu*, No pin: *bubuh password ATM hang*

3) Nanti automatik kuaq USERNAME hang, Temah ka Leman ka padia.- Then bubuh la PASSWORD BARU hang dengan tenang dan aman. - Nanti depa sent TAPC nombor *yang 6 digit* tu. - Hang taruk situ. - Pastu hat last sekali jangan lupa tekan SUBIMIT naa.


Pastu nanti keluar la "You succcesfully change your password" sawadikapppp. Dah settle! tu je. Senang kan?? pasni kalau kena block lagi hang tahu dah na nak wat lagu mana? Ok semoga berjaya!! Selamat mencuba!